tasik chini

Lindungi Tasik Chini, Tapak Warisan Dunia Di Pahang Yang Diiktiraf Oleh UNESCO

Tak hanya memiliki kisah lagenda tentang mitos Naga sahaja, malah Tasik Chini juga merupakan salah satu tapak warisan dunia yang menerima anugerah oleh UNESCO.

UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) merupakan satu badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945. Ia merupakan sebuah pertubuhan pendidikan, sains dan kebudayaan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada tahun 2009, Tasik Chini Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera dan ia merupakan tempat yang pertama di Malaysia mendapat anugerah tersebut.

Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia akan membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi eko-pelancongan utama di negara, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini.

Uniknya, di Tasik Chini amat kaya dengan khazanah alam semula jadi. Sekurang-kurangnya di sini terdapat 87 spesies ikan air tawar, 304 spesies haiwan yang mana 189 sebahagian daripadanya dalah spesies burung.

SPONSORED

Tasik Chini adalah sebuah ekosistem dan rizab hidupan liar yang penting dan hak milik segenap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama sebagai tempat rekreasi dan mencari rezeki, selain menjadi tempat tinggal Orang Asli kaum Jakun dan Semai. Ia adalah khazanah alam yang wajar dilindungi, dihargai dan dikagumi.

Namun kini, Keistimewaan 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar dilihat semakin membimbangkan akibat aktiviti lombongan bijih besi yang merosakkan alam sekitar. Pada tahun lepas, laporan Berita Harian memberitahu masa depan Tasik Chini kelam dan amat merisaukan.

Buktinya dapat dilihat jelas melalui rakaman gambar yang diambil menggunakan dron terhadap aktiviti penarokaan bukit yang rakus.

Kesannya, nilai keindahan sebuah tempat warisan dunia ini melahirkan kekecewaan kepada pelancong apabila melihat penerokaan hutan secara berleluasa itu sehingga mengancam Tasik Chini.

SPONSORED

Menurut penduduk Orang Asli di sini, pada sekitar tahun 60-an sehingga 80-an, air di tasik ini boleh diminum begitu sahaja kerana bersih tapi sejak tahun 2000, keadaan air semakin keruh dan tidak lagi selamat.

Semoga pihak bertanggungjawab dapat mengembalikan Tasik Chini sebagai sebuah destinasi pelancongan yang hebat di mata dunia.

Total
1
Shares
Related Posts