Sebelum ini kami pernah menerbitkan beberapa kerja hasil tangan kumpulan arkitek muda dari Kuantan iaitu Studio Belatuk. Antaranya ialah Bengkel Kereta Berkonsepkan Industrial Moden Pertama Di Pahang. Anda boleh membacanya semula di sini.
Gembira dikongsikan sekali lagi khas kepada pembaca Kuantanloka, kali ini sebuah projek ubahsuai rumah teres setingkat di Beserah pula. Paling menarik ialah bagaimana pereka ini memanfaatkan keseluruhan rumah agar berfungsi dengan baik dengan gaya minimalis yang cantik.
Jika anda memiliki sebuah rumah kecil namun mengimpikan rekaan rumah yang cantik dan kemas, artikel ini mungkin menarik minat anda.
Di bawah ini adalah keadaan rumah asal sebelum proses ubahsuai. Rumah ini terletak di Beserah, Kuantan.

Di bawah ini pula adalah konsep rekaan yang bakal diubahsuai kelak.









Untuk paparan lengkap, anda boleh lihat di laman web Studio Belatuk. Bagaimana, cantik bukan? Tak perlu rumah besar untuk dapatkan kediaman yang selesa dan menawan. Apa yang penting adalah penerapan rekaan yang betul.
Kongsi artikel ini jika anda gemar gaya sederhana namun kelihatan premium tanpa perlu belanja besar.