100 tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk sebuah bangunan bersejarah. Satu abad adalah usia bagi Masjid Lama Kg Baharu, Jerantut yang sehingga kini masih teguh binaanya tak lapuk ditelan zaman.
Pelbagai usaha dilakukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam mengekalkan warisan sejarah ini dengan menjalankan proses pemulihan struktur bangunan dan sebagai pusat kegiatan kampung. Walaupun usia sudah satu abad, namun masjid ini tetap dijaga rapi dan aktiviti di masjid ini juga masih berjalan seperti biasa.
Bekonsepkan kayu dan tradisional, terdapat pelbagai corak binaan dan juga alatan yang jarang dapat dilihat di masjid-masjid moden. Suatu ketika dahulu masjid ini menggunakan beduk untuk memanggil orang kampung jika ada hebahan.

Pembinaan masjid ini menggunakan sistem tebuk dan pasak atau dikenali sebagai tanggam yang tidak memerlukan pemasangan paku selain mempunyai bumbung berbentuk piramid (bertingkat).



Diharapkan warisan sejarah agama dan negeri Pahang seperti ini terus dijaga dan dipelihara untuk generasi akan datang mengenali pertapakan Islam di Pahang.
via: Berita Pahang & Harian Metro