fbpx
- Sponsor -

Lihat Reka Bentuk Baru Masjid Kampung Kolek, Sungai Lembing

Anda masih ingat, pada bulan Mac lepas kami pernah menerbitkan artikel mengenai Masjid Kampung Baru Bentong yang baharu tampil dengan rekaan moden dan minimalis. Anda boleh membacanya semula di sini.

Kumpulan arkitek sama iaitu RBDS tampil dengan satu lagi idea reka bentuk masjid yang menawan. Menurut maklumat yang kami terima, rekaan kali ini merupakan idea cadangan bagi sebuah masjid berlokasi di Kampung Kolek, Panching, Jalan Sungai Lembing.

Hadir dengan reka bentuk unik, idea ini diilhamkan daripada bentuk perahu Kolek serta berstrukturkan bumbung yang diperbuat daripada buluh.

- Sponsor-

Manakala rekaan menara azan atau minerat pula seolah-olah dua bilah lembing yang dipasak ke tanah. Melihat rekaan tersebut, memang tidak dinafikan ia sebuah idea yang amat menarik bagi kami.

Kami turut difahamkan, selain berfungsi sebagai sebuah masjid yang mesra pengujung, tujuan idea masjid ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancongan ke kawasan tersebut.

Ia selaras dengan rancangan kerajaan Negeri Pahang untuk menggalakan Eco Pelancongan di Kawasan berkenaan. Anda boleh lihat lebih lagi pada gambar di bawah.

Memandangkan Sungai Lembing kini menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kuantan yang semakin meningkat naik, diharapkan kawasan-kawasan sekitar dan laluan sepanjang jalan ke Sungai Lembing turut menerima impak yang positif.

Sebagai contoh, antaranya adalah Gua Charas yang terletak di Panching. Ramai yang terlepas pandang bahawa Panching juga memiliki khazanah alam yang cukup menakjubkan tersimpan ribuan kisah misteri.

Kepada geng basikal yang selalu buat kayuhan hujung minggu ke Sungai Lembing, masjid ini pasti akan jadi checkpoint untuk berehat sebentar nanti.

- Sponsor -

via: Facebook Abu Bazil

Anda mungkin berminat dengan konsep dan rekaan Masjid Kampung Baru, Bentong di Pahang yang sungguh moden dan minimalis ini

Baca juga: Lihat Reka Bentuk Masjid Baru Di Bentong Yang Moden Dan Minimalis

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!