Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 63 kami ingin berkongsikan sedikit dengan anda sambutan yang pertama diadakan di Pahang.
Sambutan Hari Kebangsaan pertama peringkat negeri Pahang telah diadakan pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957 bersamaan 5 Safar 1377 H di Padang Utama Kuantan (Padang MPK 2, berhadapan Masjid Negeri sekarang).
KDYTM Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Haji Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar telah diamanahkan bagi membuat perisyhtiharan kemerdekaan bagi.


Baginda yang telah mewakili pihak KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Al-Marhun Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah
Baginda yang pada ketika itu telah berangkat ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur untuk menghadiri upacara rasmi sambutan Hari Kebangsaan yang pertama setelah merdeka daripada pentadbiran British.
Diharapkan sejarah kemerdekaan negeri Pahang ini terus dikekalkan dan semoga semua rakyat dapat menghayati maksud sebenar kemerdekaan kita.


via: House of Pahang
Ketahui kenapa Kuantan dipilih sebagai ibu negeri bagi Pahang yang sebelumnya ialah Pekan
Baca juga: Bila Dan Kenapa Kuantan Dipilih Sebagai Ibu Negeri Pahang