fbpx
featured image sizing

Lihat Rakaman ‘Hantu Cina’ Berkeliaran Di Bandar Kuantan

Baru-baru ini seorang photographer yang dikenali sebagai Wong Siew Poh telah mengadakan sesi fotografi di sekitar bandar Kuantan dimana meminta rakan-rakannya untuk menggayakan kostum hantu yang terkenal dikalangan masyarakat Cina.

Perayaan hantu ini merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh orang Cina. Aktiviti yang dijalankan pada bulan ini termasuklah menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh.

PREMIUM

Menurut Routledge Encyclopedia of Religious Rites, Rituals and Festivals (Religion and Society), halaman. 92, perayaan ini dikenali sebagai Yulanhui atau Yulanpen dalam hari ke-15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar Buddha.

GAMBAR: WONG SIEW POH
GAMBAR: WONG SIEW POH
GAMBAR: WONG SIEW POH

Namun ini adalah sekadar untuk tujuan fotografi sahaja. Yang menarik perhatian kami adalah kostum itu sendiri yang sangat jarang kita dapat lihat kecuali dalam filem. Beberapa lokasi dipilih oleh beliau untuk dijadikan lokasi mengambil gambar.

Secara umumnya kita dapat melihat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum di Kuantan yang saling menghormati satu sama lain dari segi budaya mahupun agama.

SPONSORED

Kita mengharapkan bandar Kuantan dipenuhi budaya dan seni yang menarik untuk menarik minat luar datang kesini melihat sendiri keunikkan yang kita bawa.

GAMBAR: WONG SIEW POH
GAMBAR: WONG SIEW POH

via: Wong Siew Poh

Anda juga mungkin berminat untuk melihat sendiri koleksi gambar di Kuantan hasil tembakkan lensa profesional

Baca juga: Dengan Kreatif, Jurugambar Ini Jadikan Kuantan Lokasi Yang ‘Instagrammable’

Related Posts