fbpx
featured image sizing2

Lihat Matahari Terbit Di ‘Hidden Gem’ Kinabalu Hill Jengka, Pahang

Sebuah bukit yang kini dikenali sebagai Kinabalu Hill yang terletak di Jengka 12, Maran menjadi tarikan baru orang di kawasan sekitar. Untuk ke Jengka 12 ia mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai

Ia merupakan sebuah bukit yang mempunyai pemandangan yang indah dan sesuai untuk riadah bersama keluarga,ketinggian bukit 145 meter dan boleh didaki pada waktu pagi untuk melihat matahari terbit dan petang.

PREMIUM

Melihat pemandangan ladang sawit yang meluas, pastinya ia menjanjikan kepuasan kepada mereka yang berjaya naik keatas. Trek jalan kaki ke bukit ini disediakan, jadi anda tidak perlu risau akan jalan yang sukar untuk naik.

GAMBAR: FACEBOOK KINABALU HILL JENGKA 12

Kinabalu Hill diusahakan oleh penduduk tempatan bagi tujuan pengunjung datang dan ia dibuka kepada awam. Beberapa aspek keselamatan ditambah bagi memudahkan pengujung seperti kerusi buluh dan pemegang untuk naik keatas bukit.

Usaha ini seharusnya diberikan pujian kerana dengan hasil titik peluh mereka, berjaya menaikkan reputasi Jengka sebagai pusat pelancongan.

SPONSORED

Ini bukan sahaja memberikan daya pelancongan baru tetapi juga mampu meningkatkan taraf ekonomi Jengka. Diharapkan kelestarian Kinabalu Hill terus dijaga dan dipelihara. Anda yang datang, jangan lupa akan etika menjaga kebersihan.

GAMBAR: FACEBOOK KINABALU HILL JENGKA 12
GAMBAR: FACEBOOK KINABALU HILL JENGKA 12

Untuk anda yang berkeinginan untuk datang kesini, dinasihatkan memakai kasut kerana trek mendaki menggunakan jalan ladang boleh menyakitkan kaki jika dan jangan lupa bawa air minuman. Orang Jengka memang power!

via: Kinabalu Hill Jengka 12

Anda juga mungkin berminat melihat Via Ferrata yang menjadi salah satu bukit ekstrem boleh anda daki.

SPONSORED

Baca juga: Via Ferrata: Aktiviti Lasak Di Jerantut, Pahang Yang Bikin Anda Kecut Perut

Related Posts