fbpx

Lihat Lakaran Mercu Tanda Kedua KotaSAS Yang Moden Dan Ikonik

- Sponsor -

KotaSAS hari ini merupakan lambang perbandaran bersepadu di bandaraya Kuantan. Menjadi ruang di mana komuniti dapat berkembang maju. Kedudukan KotaSAS begitu strategik buat mereka yang berkenan mendiami perumahan di sini.

Contohnya, masa diambil ke Terminal Sentral Kuantan hanya 5 minit sahaja. Untuk ke bandar pula, masa yang diperlukan dalam anggaran 13 minit manakala jarak kawasan ini ke Kuala Lumpur ialah 2 jam 30 minit. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kemudahan sekeliling, kompleks kerajaan dan sekolah.

Kehadiran Pusat Pentadbiran Negeri baharu yang dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPAS) dan Stesen Pusat ECRL KotaSAS akan datang bakal membawa KotaSAS menjadi perbandaran bersepadu paling moden di Kuantan.

Sumber: Kotasas.com
Sumber: Kotasas.com
- Sponsor-

Terbaharu, Masjid Bandaraya dan Kompleks Islam bakal dibina di KotaSAS. Berdasarkan lakaran artis, kelihatan rekabentuk masjid ini sangat moden dan ikonik. Memang lawa betul. Pada masa yang sama, ia juga mempunyai rekabentuk tradisional berasaskan tanjak Pahang.

Sumber: Facebook.com/KuantanDevelopmentNews
Sumber: Facebook.com/KuantanDevelopmentNews

Masjid ini dianggarkan mampu memuatkan 8000 jemaah. Jumlah tersebut hampir menyamai kapasiti Masjid Sultan Ahmad Shah,Kuantan iaitu 10,000 jemaah. Dijangkakan siap pada tahun 2024, masjid ini bakal menjadi mercu tanda kedua di Kotasas selepas Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).

- Sponsor -
- Sponsor -