fbpx
- Sponsor -

Lihat Kreativiti Peneroka Dari Felda Jengka Ini Ubah Suai Tayar Jadi Tempat Duduk

Seorang peneroka dari Felda Jengka 24 menjadikan hobi mengubah suai tayar kenderaan untuk dijadikan tempat duduk seperti ‘bangku santai’ sebagai pendapatan sampingan.

Mat Jam yang berusia 61 tahun berkata, kebiasaannya dia menggunakan tayar-tayar terpakai sedia ada jenis sport rim.

Hobi tersebut bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan kerana ketika itu banyak masa lapang.

Sumber: KitaReporters.com
Sumber: KitaReporters.com
Sumber: KitaReporters.com
- Sponsor-

Beliau tidak menyangka hasil kerja tangannya itu berjaya menarik perhatian penduduk setempat.

Ini termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakannya untuk landskap.

Sumber: KitaReporters.com
Sumber: KitaReporters.com

Menurut beliau, harga ditetapkan adalah RM70 bagi satu unit dan sedia menerima tempahan pada bila-bila masa.

Sehingga kini, Mat Jam sudah menjual lebih 100 kerusi dalam kalangan peneroka Felda Jengka serta orang luar. 

- Sponsor -

Disyorkan