fbpx

Lihat Konsep Baru Tandas Masjid Felda Panching Yang Moden Minimalis


Pertama kali memandang konsep reka bentuk tandas masjid Felda Panching yang bakal dibina kelak ini cukup membuat kami rasa terpesona. Memang cantik!

Bagi kami ia sesuatu yang amat membanggakan bila tandas di masjid juga tidak terkecuali mendapatkan reka bentuk yang menawan persis tandas di hotel mewah. Melalui gambaran yang dilampirkan, kami percaya ia akan mewujudkan suasana bersih serta selesa kepada pengunjung.

Anda boleh lihat sendiri konsep rekaan tandas masjid Felda Panching di bawah.


Selain reka bentuk yang menawan, apa yang lebih menarik untuk kami kongsi bersama anda adalah pereka di sebalik rekaan ini. Buat pengetahuan anda, konsep reka bentuk masjid ini dihasilkan oleh Studio Belatuk.

Studio Belatuk merupakan kumpulan arkitek dibarisi oleh anak-anak muda yang kreatif dari Kuantan yang kini sedang giat membangunan beberapa projek termasuk rekaan dan interior design pada beberapa lokasi di Kuantan.

Berminat untuk mengenali mereka, anda boleh ikuti mereka di saluran Facebook Studio Belatuk atau layari www.studiobelatuk.com

Tambah lagi satu bakat lokal yang menginspirasikan di Kuantan. Kami harap, dengan adanya mereka-mereka ini Kuantan akan semakin meriah dan mampu menjadi destinasi paling unik di Malaysia tidak lama lagi.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin