fbpx
- Sponsor -

Lihat Keunikan Tasik Biru Di Bukit Ibam Pahang

Bukit Ibam, Muadzam Shah merupakan sebuah bukit yang mempunyai banyak kisah berlainan mengenai asal usul namanya. Namun kebanyakannya menyatakan bahawa Bukit Ibam ini mendapatkan namanya setelah diberitahu oleh G. SCLLOW yang bekerja sebagai ‘Electrical Superintendent‘ di ‘Rompin Mining Company’ (ROMPINCO) pada 1940an .

Beliau menyatakan pengertian I.B.A.M adalah akronim yang diambil daripada tajuk sebuah buku iaitu ‘I Bought A Mountain’ yang ditulis oleh Thomas Firbank. Buku ini kemudiannya dibaca oleh Mr.Fittburg, seorang jurutera ukur syarikat tersebut yang turut menamakannya Ibam setelah mengetahui bukit itu masih tidak bernama.

kredit: commoncourtesy28.blogspot.com

Perlombongan bijih besi di Bukit Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan lagi. Bukit Ibam juga merupakan antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu. Tasik biru yang berada di Bukit Ibam ini juga adalah salah satu daripadanya.

- Sponsor-

Walaupun ia kelihatan sangat indah dan mempersonakan, tetapi tasik ini adalah bekas tempat perlombongan bijih besi yang lama yang diklasifikasikan di bawah tasik kuari. Kuari membawa maksud kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.

Tindak balas kimia daripada bijih besi itu dipercayai sebagai punca tasik itu kelihatan sangat biru dan jernih. Dan ini di tambahkan lagi dengan fakta bahawa tiada hidupan akuatik yang boleh anda ditemui di dalam tasik ini.

Sehubung dengan itu anda disaran untuk tidak menyentuh tasik ini, apatah lagi mandi di dalamnya. Namun sebegitu, tidak dinafikan bahawa tasik ini mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!