fbpx

Lihat Bas Tanpa Pemandu Ciptaan Universiti Malaysia Pahang

- Sponsor -

Penyelidikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) ketika ini sedang membangunkan sebuah bas pintar yang dinamakan Smart Campus Autonomous Vehicle (SCAV). Secara teknikal, bas ini akan bergerak tanpa pemandu dan dikhususkan sebagai pengangkutan dalam kawasan kampus.

Secara tidak langsung, kewujudan bas pintar ini bakal menjadi yang pertama seumpamanya hasil tangan warga Malaysia. Menarik tentang bas ini di mana ia menggunakan algoritma berspesifikasi tinggi.

SCAV menggunakan proses mapping untuk mendapatkan maklumat persekitaran yang akan dilaluinya. Terdapat beberapa sensor seperti kamera, Inertial Measurement Unit (IMU), LiDAR dan lain-lain berfungsi bagi mendapatkan info tentang persekitaran laluan bas.

Sumber: Wapcar.my
Sumber: Wapcar.my
- Sponsor-

Maklumat yang diterima kemudiannya akan dihantar kepada sistem komputer untuk mengenal pasti kedudukannya dan akan bertindak dengan sepatutnya. Info tambahan mengenai SCAV ialah boleh memuatkan seramai 8 penumpang pada satu masa dan bergerak pada kelajuan 20 km/h.

Sumber: Wapcar.my

Menurut Ketua Program Kejuruteraan Mekatronik UMP, pembangunan bas ini sudah mencapai 80% dan dijangkakan bas ini bakal siap sepenuhnya dalam tahun ini juga.

- Sponsor -
SumberWap Car
- Sponsor -