fbpx
lembu

Lembu Berkeliaran Di Tengah Bandar Kuantan Bahayakan Pengguna Jalan Raya

Tak hanya di India, masalah lembu berkeliaran sesuka hati di tengah bandar turut terjadi di Malaysia dan Kuantan adalah salah satu daripada bandar yang menerima kesan tersebut.

Dalam tiga hari lepas, seorang pengguna Facebook, Amir Muhamad memuatnaik rakaman gambar sekumpulan lembu yang berkeliaran di kawasan Sungai Isap Kuantan. Lebih menyedihkan, keberadaan lembu di tepi jalan raya utama itu boleh mendatangkan bahaya yang dahsyat kepada pengguna jalan raya.

SPONSORED

Kenyataan tersebut disokong kuat oleh penduduk setempat yang mana rata-rata meluahkan komen rasa tidak puas hati dan marah terhadap sikap penternak lembu yang tidak bertanggungjawab.

Facebook Warga Kuantan

Sebelum ini pun sudah terdapat beberapa kes pengguna jalan raya kemalangan malah ada yang hingga menyebabkan kematian. Paling kecewa, pemilik lembu langsung tidak dikenakan hukuman setimpal.

Orang ramai mengharapkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan mengambil tindakan tegas terhadap isu ini. Ia adalah demi memastikan imej Kuantan sebagai sebuah bandaraya yang bagus, bersih dan selamat.

SPONSORED

Semua Ketua kampung atau Yang Berhormat di kawasan masing-masing juga diminta untuk memandang isu ini sebagai sesuatu yang serius dengan memikul amanah yang telah diberi kepercayaan sebaiknya.

via: Warga Kuantan

Related Posts