Sedikit pengenalan, diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan.
Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian.
Bukan jenis art berat, diorama ini antara karya seni yang menarik dan mampu difahami pelbagai lapisan masyarakat. Cukup sekadar melihat hasil karya, anda sudah mampu menilai betapa tingginya sifat sabar dan kreatif Si Pencipta seni jenis ini.
Seorang pengguna Facebook, @Ameer Rules berkongsi salah satu projek seni diorama beliau. Menurut Ameer, seni diorama ini berdasarkan konsep sebenar bandar lama Kuantan atau lebih tepat kini bangunan tersebut adalah kafe Kuantan Pickers.
Lihat hasil seni diorama beliau, memang mengujakan sungguh.





Memang awesome sungguh. Kami lihat rekaan diorama ini boleh kata hampir sama dengan bangunan sebenar.
Menurut Ameer Rules, diorama ini adalah 100% buatan tangan menggunakan barang-barang terpakai dan projek ini adalah sekadar hobi semata bukannya menerima tempahan dari mana-mana individu.
Sekali pandang kami hanya fikir ia sekdar sebuah seni. Manakala, bila dipandang 2 kali baru kami terfikir apakah tahap kesabaran dan ketelitian beliau. Apa pun, terima kasih kerana berkongsi seni hebat ini.
Jangan lupa follow @kuantanloka di Instagram untuk dapatkan update terkini dengan lebih pantas!