fbpx
akimtraveller

Lelaki Ini Dirempuh Teruk Semasa Kayuhan Solo Dari Kuantan Ke Kelantan

Bulan lepas, seorang kenalan saya di Facebook Akim Traveller berkongsi pengalaman kayuhan solo pertama beliau dari Kuantan ke Kelantan. Untuk pengetahuan anda, Akim nekad untuk membuat kayuhan solo balik ke kampung halaman dari Kuantan ke Kelantan.

Semasa ini, Perintah Kawalan Pergerakan baru sahaja dilonggarkan iaitu kebenaran merentas negeri. Ini antara story yang saya follow di Facebook semasa waktu PKP.

PREMIUM

Memandangkan saya sendiri pernah ada pengalaman kayuh basikal dari Kuantan ke Terengganu, saya yakin pasti ada cerita yang best sepanjang perjalanan beliau berbasikal.

Tapi tak disangka, kayuhan penuh makna beliau tewas di tengah jalan. Tak sempat tamatkan kayuhan solo dari Kuantan ke Kelantan. Saya dikejutkan dengan berita beliau menjadi mangsa pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya hingga mengalami cedera teruk dan patah gigi. Baca kisah di bawah yang dikongsikan oleh beliau.

SPONSORED

Kronologi Kemalangan Dan Dugaan Ketika Kayuhan

Ramai yang bertanya bagaimana boleh kemalangan. Jadi Abam tulis story ni bagi menjawab persoalan yang timbul.

Seperti yang korang boleh tengok gambar di bawah adalah basikal Abam setelah dialihkan daripada tempat kemalangan. Hancur terus Rim Tayar Abam. Hampir mengalir airmata Jantan. Tapi Itulah hakikat harta dunia hanyalah pinjaman semata dan bila bila masa Allah nak tarik tak tunggu kita dah.

#DUGAAN1

SPONSORED

Jadinya kembali pada cerita, pada jam 4.00 petang Abam telah berjaya melakukan kayuhan sehingga ke Kemasek dan ketika dalam Kayuhan Abam telah disapa oleh Admin Mykayuh (Group Facebook) yang kebetulan lalu di kawasan kayuhan Abam. Jadi berbual serba Sedikit sebelum Abam mengayuh balik.

Depan sedikit dari tempat sembang kami ada sebuah trafic light. Jadi ketika itu Abam memperlahankan Kenderaan kerana trafic light menunjukkan warna merah, ketika itu semua Kenderaan dilihat perlahan.

Tetapi dalam sekelip mata, ‘boommm‘ sedar-sedar dah tercium jalan raya tar hitam menawan. Tanpa berlengah Abam terus bangun dan ke sisi jalan. Risau juga jikalau ada kenderaan lain memandu laju takut dihempapnya pula menjadi roti canai.

Dalam keadaan mulut dibasahi darah sendiri, sedih melihat basikal dan rim dah hancur tapi keinginan untuk menamatkan kayuhan itu.

SPONSORED

Setelah selesai menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kemasek Abam bergegas membaiki basikal di Paka, hanya disitu ada beberapa kedai yang Hampir menutup Operasi mereka.

Kerana jam waktu tu dah 5.30 petang. Dalam keadaan masih berdarah, Abam menanti basikal siap dibaiki.

Malam itu abam bermalam di sebuah Homestay Paka dan keesokan harinya meneruskan Kayuhan ke Kuala Terengganu. Gila betul,semalam kemalangan esoknya teruskan Kayuhan!

#DUGAAN2

Keesokan harinya Abam meneruskan kayuhan solo. Lewat juga Abam gerak. Fuh solat, mandi dalam keadaan luka memang melambatkan pergerakan. Abam balut segala luka Abam dan cuba kayuh di Halaman homestay pagi tu.

Dengan Semangat yang tak tahu dari mana, Abam nekad menghabiskan Kayuhan. jadi bermulalah kayuhan dari Paka dalam keadaan cedera sehingga ke Kuala Terengganu.

Dugaan kedua bermula apabila di Jalan signboard Rantau Abang, basikal Abam Pancit. Dengan tiada alatan dan terpaksalah Abam berjalan kaki sejauh 15 KM sebelum bertemu sebuah Keluarga (Geng Basikal) membawa ke Kedai berhampiran Marang.

Dengan kecederaan yang dialami, keletihan dan kerosakan basikal, Abam telah memutuskan untuk menghentikan setakat kuala Terengganu sahaja untuk kayuhan solo kali ini.

Itulah kronologi perjalanan Kayuhan Solo 1001 Pengalaman Indah Abam. Sebenarnya di sebalik cerita Abam tu ada cerita-cerita lain, tapi biarlah Abam simpan dahulu. Ia adalah Sebab musabat kenapa Abam teruskan Kayuhan dan apa jadi dengan penunggang motor tu. Nak tulis Panjang sangat takut korang tak baca.

Akim Traveller,
~ Pengembaraan mematangkan diri

Follow Akim di Facebook untuk ikuti perkembangan cerita kayuhan solo beliau dari Kuantan ke Kelantan.

Kongsi cerita menarik anda bersama pembaca KUANTANLOKA, rujuk pada halaman Hantar Artikel. Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapatkan update terkini lebih laju.

Related Posts