fbpx
featured image sizing

Lelaki Ini Buka Genting Highland Yang Menjadi Pusat Hiburan Terbesar Malaysia

Di Malaysia, terdapat beberapa sahaja tempat yang mempunyai taman tema yang menarik dan mampu memberikan kepuasan serta keseronokan yang tidak terkata.

Genting Highlands merupakan taman tema terbesar di Malaysia yang menawarkan berbagai jenis permainan outdoor dan juga indoor yang mampu membuatkan anda menjerit keseronokan dan dalam masa yang sama ketakutan.

PREMIUM

Bagi mereka yang suka mencabar diri dengan aktiviti yang agak ekstrem, gayat dan melibatkan kelajuan, banyak permainan yang boleh anda cuba disana. Selain itu, ia juga turut dikenali sebagai “Las Vegas Malaysia” kerana ia merupakan pusat perjudian yang paling berprestij dan satu-satunya yang sah di Malaysia.

GAMBAR: KLOOK

Genting Highlands terletak 2000 meter diatas paras laut. Ia merupakan sebuah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa. Ia juga merupakan sebuah pusat pelancongan yang sangat terkenal didalam dan juga luar negara.

Genting Highlands merupakan sebuah tempat pelancongan yang diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong. Idea beliau untuk mendirikan dan memajukan genting Highlands adalah berinspirasikan dari pengalaman beliau sendiri ketika berehat di Cameron Highlands.

SPONSORED

Meskipun proses untuk mendapat kelulusan boleh dikatakan agak mudah, namun proses untuk membangunkannya agak sulit. Ramai rakan-rakan beliau yang diajak untuk bersama-sama memajukan Genting Highlands ini menolak pelawaan beliau meskipun beliau memberikan nilai kongsian saham sebanyak 10%.

GAMBAR: FACEBOOK GENTING HIGHLAND

Berbagai peristiwa yang boleh dikategorikan sebagai peristiwa yang hampir meragut nyawa yang dilalui beliau seperti hampir terjatuh kedalam gaung ketika menaiki kenderan namun tindakan berani beliau melompat keluar dari kenderaan telah menyelamatkan nyawa beliau.

Menerusi proses pembangunan Genting Highlands ini, beliau telah dapat bekerjasama dengan 5 orang perdana menteri pertama Malaysia dan menerusi kerjasama ini, beliau dapat memperoleh berbagai pandangan yang bernas untuk memajukan lagi Genting Highlands.

Genting Highlands juga telah berjaya memperoleh berbagai anugerah dan dipilih untuk menjadi tempat penganjuran aktiviti-aktiviti besar bertaraf antarabangsa. ESL One Genting pada 2017 adalah salah satu daripadanya dimana pemain permainan DOTA 2 bersaing merebut geleran juara.

SPONSORED

via: Negeri Pahang

Deretan kedai di Chenor ini dibina sebelum perang dunia ke-2 dan ini kisah lelaki yang membesar di sini.

Baca juga: Kenangan Anak Chenor Di Tebing Yang Dibina Sebelum Perang Dunia Ke-2

Related Posts