fbpx
featured image sizing

Lebuh Raya Percuma Dari Pahang Ke Kelantan Dijangka Siap 2024

Bila tibanya musim perayaan, pastinya jalan raya sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman. Begitu juga keadaan di beberapa daerah Pahang iaitu Raub dan Bentong yang menjadi jalan utama ke negeri Kelantan.

Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang keseluruhan menelan belanja RM6.6 bilion terdiri daripada enam fasa pembinaan iaitu Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47km), Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59km), Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.8km), Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (50km), Raub ke Bentong, Pahang (54km), Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km )

SPONSORED

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 74 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada 2024 dan seterusnya ke sempadan Pahang.

Ia disediakan tanpa sebarang caj tol dikenakan kepada pengguna. Dengan adanya lebuh raya ini, diharapkan ia dapat mengurangkan kesesakkan jalan raya.

GAMBAR: ONE SKY
GAMBAR: ONE SKY

Selain itu, CSR juga memendekkan lagi jarak perjalanan pengguna daripada Kuala Lumpur khususnya untuk pulang ke Kelantan.

SPONSORED

via: Paultan

Jalan lama di negeri Pahang ditutup berikutan larangan rentas negeri dari zon merah dan hanya lebuh raya dibuka.

Baca juga: Semua Jalan Lama Masuk Negeri Pahang Dari Kuala Lumpur Ditutup

Related Posts