fbpx

Lebih Enak Daripada Musang King, Durian Beserah Telah Didaftar Sebagai Harta Intelek Sejak 1981


Lupakan seketika tentang isu Musang King yang sedang tular kini. Ini kerana kami ingin kongsikan tentang Durian Hijau Beserah yang sebenarnya adalah durian yang mempunyai identiti rapat dengan Negeri Pahang. Durian ini dikatakan lebih enak oleh segelintir peminat durian.

Mengikut laman sesawang Duriotourism, Durian Hijau Beserah atau Durian Tuan Mek Hijau telah mendapat nombor pendaftaran D145. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Khidzir Engku Ali dari Beserah, Pahang pada 30 Oktober 1981.

Buah ini mempunyai panjang dan lebar yang agak sederhana iaitu 15 cm-19 cm. Beratnya pula sekitar 1.62 kg. Ia berbentuk bulat dan mempunyai bahu dan hujung yang rata.

Sumber Jabatan Pertanian

D145 mempunyai warna isi yang kekuningan dan pasti akan memukau pandangan dan selera setiap peminat durian. Saiz ulas dan ketebalan isinya juga sederhana tebal dan tidak akan menimbulkan rasa muak apabila dimakan.

Tentang rasa pula, Durian Beserah memberikan rasa lemak manis dan sedikit pahit. Ia tidak melekit selain tekstur isinya juga sangat halus dan lembik.

Durian Beserah juga tidak mengeluarkan aroma bau yang terlalu kuat dan ia sangat mudah untuk dikupas. Selalunya, 78% biji penuh akan dapat dicapai dalam sebiji buah durian ini. Dalam kata lain, kebanyakan isinya penuh di dalam pangsa.

Sumber : Razit Mohamad

Durian D145 lahir di Beserah, Pahang namun mempunyai kualiti dan permintaan yang tinggi dikalangan peminat durian tidak kira golongan kayangan atau rakyat marhaen. Ia juga turut dicari oleh penggemar durian luar negara terutamanya Negara Singapura.


Harga pasaran durian ini dianggarkan sekitar RM 30 hingga RM 35 sekilogram. Untuk mendapat rasa yang segar dan asli, Durian Beserah yang terbaik hanya terdapat di Beserah, Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin