fbpx

Lebih 300 Tenun Pahang Diraja Bakal Dipamerkan Di London Craft Week

- Sponsor -

Lebih 300 Tenun Pahang Diraja hasil tangan banduan dari Penjara Penor dan Penjara Bentong bakal dipamerkan pada London Craft Week.

London Craft Week mengumpulkan sekitar 300 pembuat, pereka, jenama serta galeri yang terkenal dari seluruh dunia bagi mempamerkan produk kraf mereka.

Acara tersebut akan berlangsung di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square pada 9 Mei 2022 sehingga 15 Mei 2022 akan datang.

Sumber: Dezeen.com
- Sponsor-

Pada masa yang sama, lebih 30 daripada koleksi tenun itu mendapat sentuhan kreatif dan rekaan daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Isknadariah yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja.

Sumber:
Sumber: Facebook.com/TenunPahangRASB

Acara kraf ini juga akan mempamerkan koleksi khusus dari Muzium Negeri Pahang.

Ia bertujuan menunjukkan perjalanan sejarah Tenun Pahang Diraja dari awal sehingga kepada penglibatan penjara dan sebagainya.

- Sponsor -
SumberBERNAMA
- Sponsor -