Air terjun Lata Hammer adalah sebuah destinasi menarik yang anda mesti kujungi. Sejauh 9.7 kilometer dan terletak berhampiran Bentong, Pahang.
Lata Hammer mempunyai air terjun yang sederhana dan tidak terlalu tinggi. Tempat ini menjadi tarikan bagi peminat ekspedisi untuk mendaki, berkhemah, dan jungle tracking.
Dari persimpangan jalan kecil menuju ke destinasi kira-kira 3 kilometer. Kualiti jalan masuknya pula adalah dalam keadaan baik. Ia tidak menjadi masalah untuk dimasuki menggunakan kereta biasa tetapi kenderaan jenis 4WD disarankan semasa musim hujan.


Jalannya dijaga dengan baik, hanya beberapa tempat sedikit ditumbuhi semak-samun. Namun, perjalanan anda untuk ke Lata Hammer sentiasa ditemani bunyi aliran sungai dan kicauan burung-burung.
Setibanya dilokasi, anda boleh melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang dijaga baik tanpa sebarang gangguan pembangunan. Tempat ini sangat sesuai dijadikan lokasi berkhemah kerana adanya tempat yang lapang.
Bagi anda yang ingin mencuba keindahan alam sambil berehat santai, Lata Hammer adalah salah satu tempat terbaik anda perlu datang kerana ia dekat dengan Kuala Lumpur dan juga Bentong.

Namun tempat ini tidak disarankan kepada mereka yang dibawah umur kerana terdapat tebing yang curam dan air terun agak dalam. Pastikan anda mengambil langkah keselamatan untuk kesini.
via: All Trails
Satu lagi destinasi menarik di Jerantut iaitu Lata Kawah yang menyajikan anda dengan air sungai yang jernih
Baca juga: Air Jernih Dan Tempat Bersih, Lata Kawah Jerantut Ini Buat Kami Kata ‘Pergh’