Perkataan sentosa merujuk kepada sejahtera, aman dan tenteram. Begitulah suasana di Laman Sentosa Boutique Hotel yang menawarkan keselesaan dan kemudahan yang ideal.
Menerima kehadiran tetamu sejak penghujung 2016, hotel 3 bintang ini telah menempa nama di antara pusat penginapan bandar Kuantan. Ia dibuktikan lagi dengan kejayaan menerima 2021 Customer Review Awards daripada pihak Agoda.
Laman Sentosa mempunyai 7 bilik serba lengkap yang menyediakan persekitaran tenang dan damai. Tidak menjadi masalah jika anda berasal daripada keluarga yang ramai jumlahnya.


Hotel ini terletak tidak jauh dari pusat bandar, dalam anggaran 4 hingga 5 kilometer sahaja. Dengan lokasinya yang strategik, mudahlah untuk anda bergerak ke destinasi yang mesti dilawati di Kuantan.
Andai kata anda masih penat kerana berasal dari negeri yang jauh, berehat di dalam hotel ini sudah memuaskan. Layari media sosial dengan Wi-fi yang disediakan tatkala penyaman udara menyejukkan badan.

Kanak-kanak bolehlah bersuka ria di dalam kolam renang yang disediakan. Kena pula cuaca panas pada hari tersebut, memang seronok berendam dalam air!
Di Laman Sentosa Boutique Hotel ini, bilik anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Ini disebabkan pengemasan harian yang diuruskan oleh pekerja-pekerja di sini.


Pihak hotel akan memastikan penginapan di sini istimewa dan banyak perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Apa sahaja tujuan untuk berkunjung ke Kuantan, Laman Sentosa Boutique Hotel sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.
Lihat lebih banyak destinasi percutian yang menakjubkan di Pahang hanya di PahangHive. Temukan keseronokan percutian yang sebenar di Pahang menerusi Facebook PahangHive.