bishop

5 Trek Pendakian Yang Mencabar Di Bukit Fraser

Bukit Fraser yang terkenal dengan harta karun alam, serta kaya dengan tumbuhan, kepelbagaian hidupan liar serta flora dan fauna yang tidak disentuh oleh pembangunan moden memberikan anda ketenangan yang tidak mampu diperolehi di bandar raya.

Sekiranya anda bercuti di sini, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan. Untuk mendapat pengalaman penuh semasa di sini, anda seharusnya mendaki sekurang-kurangnya satu laluan di sini.

1. Pine Tree Hill

Pine Tree Hill adalah laluan mendaki setinggi 1,500 meter. Dakian boleh dimulakan daripada Jalan High Pines, sebelum banglo dan selepas Seri Intan.

Jejak ini adalah kira-kira 5.5 km panjang, dan ia menjadi laluan ‘trekking’ yang paling mencabar dan paling sukar di Bukit Fraser. Bagi anda yang inginkan cabaran, bolehlah cuba mendaki laluan ini.

2. Maxwell Trail

Maxwell Trail adalah laluan hutan yang bermula daripada pintu masuk Jalan Quarry dan terletak di sebelah sekolah dan Corona Nursery.

SPONSORED

Jejak ini adalah yang paling jarang didaki kerana kawasan berlumpur yang ditutupi dengan ratusan daun-daun yang gugur. Tambahan lagi, laluan ini juga ada banyak lintah, jadi anda disarankan untuk membawa garam bersama anda.

3. Bishop Trail

Laluan ini sangat unik kerana anda dapat memerhati burung sambil menikmati pemandangan lanskap yang sangat damai ini. Hutan hujan ini menghasilkan kanopi yang padat, membuatkan anda berasa tenang dan sejuk sepanjang perjalanan anda. Sesuai bagi anda yang inginkan ketenteraman daripada kesesakan bandar raya.

4. Abu Suradi Trail

Abu Suradi Trail adalah dakian singkat sepanjang 500 meter yang sesuai untuk semua peringkat umur. Laluan bermula dari Jalan Genting yang bertentangan dengan masjid, mendaki cerun yang sedikit curam sebelum berpecah ke laluan seterusnya. Kepada anda yang baru-baru nak cuba mendaki, bolehlah cuba di sini.

5. Hemmant Trail

Hemmant Trail bermula dari kawasan rumput di belakang masjid di sepanjang jalan Genting, yang bertentangan dengan permulaan jejak Abu Suradi. Ia adalah laluan mudah 1 km dengan pendakian yang sederhana.

Total
0
Shares
Related Posts
gua merapoh
GO!

Jom Eksplorasi Ke Gua Merapoh Pahang

Seringkali Pahang selalu terkenal dengan lambakan pantai-pantai yang indah, tapi untuk pengetahuan anda negeri Pahang juga kaya dengan…