fbpx
lakukek

Makan Kek Dengan Suasana Romantik Di LakuKEK Kuantan

Bila kita bercerita tentang kek, pasti anda akan membayangkan detik-detik indah sahaja bukan? Boleh kata kek ini makanan yang akan meninggalkan kesan memori indah. Lihat sahaja setiap kali sambutan ulang tahun, kek pasti akan jadi menu suprise buat anda.

Di Kuantan, dimana tempat makan yang romantik untuk saya bawa pasangan?

Menariknya Kuantan, hampir apa sahaja yang anda cari ada di sini termasuklah tempat romantik untuk anda luangkan masa bersama pasangan. Seronok tak kalau kami kongsi satu lokasi yang sweet untuk anda makan kek dalam suasana paling romantik bersama pasangan?

PREMIUM

Sekiranya itu adalah apa yang anda cari di Kuantan, LakuKek adalah tempat paling bagus untuk anda berbuat demikian.

Suka betul kami dengan kedai kek yang satu ini. Bagi kami LakuKek antara kedai kek terbaik dan berbaloi untuk anda datang di Kuantan. Tambah pula ia terletak di KimStone Food Court, suasananya memang santai, tak bising, dan paling penting mesra keluarga.

Di Lakukek, terdapat pelbagai jenis kek dan pastri. Tak silap ada lebih daripada 70 menu untuk anda pilih dan hampir semua kek yang anda cari ada di sini termasuklah Manggo Cheese Kek by Kula Cakes.

SPONSORED

LakuKek ini senang diibaratkan sebagai sebuah kedai kek yang cantik dalam suasana romantik, satu tempat yang menghimpunkan pelbagai jenis kek sedap-sedap. Sebuah kedai kek yang cukup lengkap dengan servis yang bagus.

Lagi satu, LakuKek terbahagi kepada dua tingkat. Bahagian bawah untuk anda buat pesanan dan enjoy kek anda manakala pada bahagian atas menempatkan ruang khas yang lebih privasi. Sekiranya anda mahu sambut ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, anda boleh booking ruangan atas. Harga untuk tempah ruangan atas pula hanya serendah RM10.00 sahaja.

Minggu lepas sempat kami ke LakuKek, dan antara kek yang paling kami suka adalah Burn Cheese Kek yang ini. Serius memang sedap sungguh! Boleh terbawa-bawa dalam mimpi.

Kalau ke sini, kek Red Velvet dan Rainbow cake antara kek wajib untuk anda cuba. Rasanya memang unik, sedap dan tak muak.

SPONSORED

ni pula adalah ruang untuk kami nikmati kek yang sedap-sedap di LakuKek. Memang cool, persis di luar negara. Tambah pula kesan daripada pencahayaan tu buat suasana di sini nampak lebih romantik.

Anda yang tercari tempat-tempat sweet untuk makan kek, boleh la datang ke LakuKek. Memang sangat disyorkan. Nak relax dan Chill buat tempat study pun sesuai.

Related Posts