fbpx

Jom Lihat Spesies ‘King Julien’ Dari Madagascar Di The Bentong Farm

- Sponsor -

The Bentong Farm yang terletak di Bentong, Pahang merupakan sebuah ladang yang terdapat pelbagai jenis tanaman buah-buahan. Selain daripada itu, di sini juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti ayam, arnab dan kura-kura.

The Bentong Farm baru sahaja beroperasi sepenuhnya pada 17 Oktober yang lalu. Di sini juga terdapat replika seperti dinosour yang menjadikannya lebih menarik.

The Bentong Farm kini mengadakan promosi besar-besaran bagi harga tiket masuk bersempena pembukaan taman rekreasi ini. Harga asal bagi tiket ini adalah RM48 untuk dewasa manakala RM38 bagi kanak-kanak.

- Sponsor-

Namun, harga yang ditawarkan sepanjang promosi pembukaan ini hanyalah RM28 sahaja bagi kedua-dua kategori dan ia sah sehingga hujung bulan Oktober ini.

Anda tidak perlu bersusah payah ke luar negara semata-mata ingin berjumpa dengan King Julien yang terkenal dengan kenakalannya di dalam filem animasi Madagascar, di sini terdapat spesies rakun comel yang dikenali sebagai Ring-Tailed Cats.

Selain daripada replika dinosour yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak,anda juga akan mendapi terdapat sebuah tempat yang dipenuhi dengan segerombolan monyet taapi, jangan mudah tertipu! Kesemua itu hanyalah hiasan semata-mata.

Di sini juga menyediakan model buah seperti manggis dan raja buah kita iaitu durian. Hal ini membuatkan tempat ini merupakan tempat sesuai bagi mereka yang gemar berswafoto.

Jadi, jangan lepaskan peluang sementara diskaun bagi tiket ini masih berjalan. Bawalah anak-anak anda untuk mengenali kesemua spesies binatang yang ada di sini.

- Sponsor -
- Sponsor -