fbpx
KUIH

Kuih 3 Beradik Pahang Tak Lapuk Ditelan Zaman, Masih Menjadi Kegemaran

Sudah menjadi tradisi keenakan kuih tiga beradik yang sangat terkenal di negeri Pahang iaitu kuih pepena, badak kubang dan dodol kukus menjadi pencuci mulut terutamanya pada bulan Ramadhan.

Kuih yang sememangnya terkenal ini sering dijumpai di pekan sehari Maran, Chenor dan Temerloh. Dikatakan sebagai tiga beradik kerana persamaan bahan utama yang digunakan dalam pembuatannya iaitu tepung pulut dan santan pekat.

PREMIUM

Rasanya yang berlemak manis sangat digemari terutamanya bagi golongan dewasa dan tua tambahan pula teksturnya yang lembut.

GAMBAR: LENSA PEKAN

Kuih badak kubang berbentuk bulat dibuat menggunakan tepung pulut dan beras pulut hitam yang dikisar halus berintikan kelapa dan kuahnya pula campuran tepung gandum, santan dan garam yang menerbitkan rasa lemak-lemak masin.

GAMBAR: LENSA PEKAN

Kuih pepena berbentuk bintang pula dibuat menggunakan bahan sama membuat badak kubang kecuali kuahnya menggunakan bancuhan tepung gandum, santan, air pandan dan gula pasir.

GAMBAR: ICOOKASIA
SPONSORED

Dodol kukus pula teksturnya lebih halus dan lembut serta diletakkan minyak di bahagian permukaan dan menggunakan campuran tepung pulut, santan dan gula merah sama seperti membuat dodol kacau, tetapi yang membezakannya ialah cara memasaknya menggunakan kukus dan tidak dikacau.

via: MyMetro

Di Pahang juga terdapat 5 masakan istimewa yang anda perlu cuba bial berkunjung ke sini. Memang menyelerakan!

Baca juga: 5 Makanan Popular Anda Perlu Cuba Bila Datang Ke Pahang

Related Posts