fbpx
89541910_2239494026356484_4841925273702105088_n

Kuantan Tersenarai Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac. Ia bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.

Ini adalah selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia.

PREMIUM

Semperna itu, baru-baru ini PLANMalaysia telah mengeluarkan keputusan senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia yang diambil melalui ujian kaji selidik Index Kebahagian.

Kajian Index Kebahagian ini merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

10 Bandar paling bahagia di Malaysia tersebut ialah:

  1. Bandaraya Melaka
  2. Kuala Terengganu
  3. Seremban
  4. Kulai
  5. Taiping
  6. Kuantan
  7. Bentong
  8. Jasin
  9. Yan
  10. Jeli

Untuk pengetahuan anda, terdapat 14 faktor yang diambil kira dalam menentukan keputusan iaitu: Tahap kehidupan dan kesihatan, Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara, Keseronokan bekerja, Pengurusan kewangan, Hubungan dengan jiran, Aktiviti bersama komuniti, Keselamatan kawasan kediaman, Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan, Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan dan Kualiti alam sekitar.

SPONSORED

PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.

Penduduk Kuantan, bagimana menurut anda? Adakah anda seorang yang bahagia? Kongsi dengan kami diruangan komen.

via: PLANMalaysia

Related Posts