fbpx

‘Kuantan Mobile We Care’ Giat Usaha Untuk Membantu Mangsa Banjir

- Sponsor -

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dengan usahasama Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang baru-baru ini telah menubuhkan Kuantan Mobile We Care. Inisiatif ini bertujuan mengagihkan pakaian terpakai, lampin bayi dan air mineral hasil sumbangan komuniti peniaga ke pusat pemindahan sementara sekitar Kuantan.

Pakaian yang disumbangkan akan dipilih serta disaring terlebih dahulu bagi memastikan hanya pakaian berkeadaan baik sahaja diagihkan. Kerja-kerja saringan ini dilaksanakan oleh kakitangan MBK bersama ahli NGO Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang di Dewan Kubang Buaya.

Daya usaha ini tercetus hasil perbincangan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan MBK. Turut bersama ialah Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang, Syarikat Nasuha Bundle dan Syarikat Delawo_Empire.

Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan
Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan
- Sponsor-

Perbincangan dilakukan bagi mewujudkan kaedah kolaboratif pintar berkonsepkan ‘Komuniti membantu Komuniti’ dengan MBK berfungsi sebagai medium pengurus dan juga pemudahcara.

Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan

MBK mengalu-alukan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti peniaga untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan program ini. Suatu usaha yang baik dijalankan dalam memastikan agihan kepada mangsa banjir berjalan secara sistematik dan kemas.

- Sponsor -
- Sponsor -