fbpx

Kuantan Makan: Kopi Pahit, Kedai Kopi Premium Dalam Kampung


Pencinta kopi mesti suka dengan Kuantan. Sebabnya di Kuantan memang ada banyak kedai kopi. Boleh kata hampir diseluruh bandar Kuantan akan ada kedai kopi. Pergilah mana-mana, mesti jumpa.

Dari kopi citarasa kampung, hinggalah ke kopi premium. Dijamin setiap kedai di Kuantan yang menghidangkan kopi pasti memiliki keunikan rasa kopi yang tersendiri.

Termasuklah kedai yang satu ini. Kopi Pahit.


Kalau anda dah bosan minum kopi tengah bandar, sekali-sekala nak rasa mengopi bersuasanakan kampung namun dalam masa sama mahu menikmati kopi yang berkualiti, maka inilah tempatnya.

Kopi Pahit berlokasi di Kampung Kurnia, Kuantan atau nak mudah bersebelahan Sekolah Islam Al-Irsyad.

Apa yang buat kami tertarik, kedai kopi Kopi Pahit ini memang betul-betul terletak dalam kampung. Tapi semua menu kopi yang dihidangkan di sini adalah kopi premium. Berkelas betul penduduk Kampung Kurnia mengopi, bukan biasa-biasa.


Pelbagai variasi kopi ada di sini. Antaranya kopi berasas expreso seperti Macchiato, Americano, Latte, Cappucino, Mocha dan Affagato yang dihidangkan berasa ais krim vanila.

Juga terdapat kopi berasaskan cold brew seperti Black Coffee dan Latte. Lain-lain air macam air coklat pun ada. Untuk makanan pula, buat masa sekarang ada roti bakar dan sagu gula melaka.

Kalau petama kali anda ke sini, kami syorkan untuk cuba Coffee Late Gula Melaka. Rasa dia ngam. Sedap gila, makan pula dengan roti bakar.


Sepanjang bulan Ramadan, Kopi Pahit mula beroperasi bermula jam 5 petang sehingga 11 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Maklumat lanjut, boleh kunjungi Kopi Pahit di Facebook dan Instagram.

Jangan lupa sertai kami di Telegram untuk dapatkan update terkini dengan lebih pantas.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin