fbpx
- Sponsor -

Kuantan 188 Tawar Pakej “Berbuka Puasa Di Awan”

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, Kuantan 188 menawarkan pakej “Berbuka Puasa Di Awan” buat pertama kalinya.

Anda berpeluang menikmati suasana berbuka puasa berlatarbelakangkan pemandangan bandaraya Kuantan sambil menikmati pelbagai juadah yang lazat dan istimewa.

Memperkenalkan Kambing Panggang 18 Ramuan sebagai menu utama, pakej ini turut menawarkan beberapa menu istimewa.

- Sponsor-

Antaranya kebab celup pelbagai pilihan inti, dhall curry serta sos lada hitam resepi milik Sous Chef mereka sendiri.

Pengunjung juga boleh bergambar serta merakam video dengan pelbagai tema melalui penggunaan teknologi Augmented Reality (AR).

Sebagai contoh, rakaman melalui telefon pintar bertemakan padang pasir bersama objek maya seperti unta atau karpet terbang Aladdin.

Menariknya, pengunjung tidak perlu bertungkus-lumus pulang ke rumah selepas berbuka puasa.

Kuantan 188 bakal menyediakan tempat menunaikan solat sunat tarawih di Pelantar Pemandangan.

Melengkapi pakej ini ialah juadah moreh seperti kuih tradisional dan variasi jenis bubur turut disediakan.

- Sponsor -

Pengunjung boleh menikmati pakej berbuka puasa ini bermula 7 April 2022 sehingga 28 April 2022.

Harga jualan adalah RM138 bagi dewasa, RM98 bagi kanak-kanak manakala pakej moreh di pelantar restoran dan Skydeck ialah RM48.

Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi Kuantan 188 di talian 09-5135821 atau emelkan ke [email protected]

- Sponsor -

Disyorkan