Bercerita mengenai cosplay ataupun costume ini pasti ramai peminatnya. Kami tertarik dengan hasil rekaan Rostam Hassan yang mempunyai hobi yang unik dalam mencipta costume sehingga mendapat sambutan luar biasa.
Nama penuhnya ialah Mohd Rostam Bin Hassan merupakan bapa kepada 5 orang cahaya mata berjaya menarik peminat cosplay dari yang kecil sehingga besar. Beliau mula membuat cosplay dari tahun 2015 dan sehingga kini masih lagi aktif dalam menerima tempahan majlis dan event.
Katanya, meminati rekaan cosplay adalah kerana minat mendalam kepada hasil kraftangan berbentuk superhero. Kebiasaannya, suits yang akan dipakai adalah Ironman dan Halo.


Kebiasaannya, masa diambil untuk menyaipkan satu costume bergantung kepada jenis dan saiz yang mengambil masa sebulan ataupun lebih.
Bahan utama yang digunakan dalam penciptaan costume ini adalah menggunakan Eva Foam yang lebih mudah untuk dibentuk. Berkenaan bayaran yang diterima pula adalah dari RM1,800- RM2,500 untuk full set armor.
Melihat rekaan beliau, memang tidak dinafikan mempunyai hasil kraftangan yang cukup kreatif menampakkan costume itu seakan real. Menurut beliau, costume paling lama pernah dibuat adalah selama 3 bulan untuk Ironman Patriot.

Pada mulanya, beliau menjadikan ini hanya sekadar hobi namun menarik minat dari rakan-rakan untuk membuat tempahan. Buat masa ini, beliau banyak menerima tempahan daripada karnival, majlis dan event dari dalam dan luar negeri Pahang.
Kepada yang berminat untuk menempah dan melihat dengan lebih dekat superhero, anda boleh hubungi beliau di Facebook Rostam Hassan.
via: Rostam Hassan
Lukisan 3 generasi kesultanan Pahang menjadi tarikan baru di Pekan hasil seni anak tempatan
Baca juga: Lukisan Mural 3 Generasi Kesultanan Pahang Di Pekan, Satu Lagi Karya Seni Tempatan