fbpx

Korban Pertama Banjir Direkodkan Di Negeri Pahang

- Sponsor -

Kejadian banjir yang berlaku pada tahun ini merekodkan korban pertama banjir di negeri Pahang iaitu di jalan Pulau Manis, berhampiran dengan Kubur Cina Gambang.

Mayat mangsa iaitu M. Gunalan berusia 38 tahun ditemukan pada pukul 2:37 petang. Dikatakan mangsa terjatuh daripada motosikal semasa sedang meredah air banjir.

Balai bomba dan penyelamat Taman Tas menerima panggilan kecemasan daripada balai polis Gambang pada pukul 12:40 petang.

- Sponsor-

Mangsa yang menaiki motosikal jenis EX5 menyeberangi arus air untuk pulang ke rumahnya, menghala ke jalan Kuantan-Segamat.

Mangsa dikatakan tidak dapat mengawal keadaan, lantas hanyut bersama motosikalnya ke dalam kebun kelapa sawit berhampiran. Mayat mangsa telah dibawa ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

- Sponsor -
- Sponsor -