fbpx
Japanese-village-Colmar-Tropicale

Konsep Unik Perkampungan Jepun Di Bentong Ini Pertama Di Dunia

Jepun memang dikenali dengan sebuah negara asia yang menjadi kewajipan setiap backpackers yang ingin melihat sendiri keunikan budaya dan tempat yang cantik.

Di Bentong, Pahang terdapat sebuah perkampungan bercirikan rekaan alam semulajadi dan seni bina Jepun dibina yang menjadikan pengunjung seakan-akan berada di kampung tradisional Jepun.

PREMIUM

Keindahan flora fauna dan seni bina Jepun di perkampungan ini pastinya menjadi syurga bagi photographer dan mereka yang ingin merasi dengan lebih dekat suasana di negara matahari terbit ini.

GAMBAR: MURAH TRAVELLING

Apa yang disediakan di sini ialah seperti Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant. sememangnya anda perlu cuba untuk merasai sendiri pengalaman sebenar makanan versi Jepun dan urutan spa original tradisi.

Memang seronok bila dapat berpeluang berjalan dengan melewati deretan rumpun pokok buluh, pokok-pokok renek, pokok ala bonsai serta batu-batu gunung.

SPONSORED

Di kolam ikan berhampiran, ada beberapa jenis spesies ikan koi dalam pelbagai jenis dan warna yang menarik. Kelihatan jinak berenang ke sana dan ke mari sangat mengasyikkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

GAMBAR: TRIP ADVISOR
GAMBAR: TRIP ADVISOR
GAMBAR: TRIP ADVISOR

Bayaran masuk pula hanyalah RM15/pax untuk dewasa, kanak-kanak 4-12 tahun RM8/pax. Ia termasuk entrance ke Japanese Village dan Botanical Garden.

Menginap di Cameron Highlands dengan feel Eropah yang pasti mengujakan. ‘Dome Glamping’ pasti melakar memori indah buat pengujung

Baca juga: Persis Eropah, Ini Penginapan Awesome Untuk Anda Bermalam Di Cameron Highlands

Related Posts