fbpx
featured image sizing

Kompleks Teruntum Terima Peruntukan 1 Juta

Kompleks Teruntum adalah salah satu pusat beli belah paling lama di negeri Pahang yang kini sudah berusia 40 tahun.

Sebelum ini ia merupakan sebuah pusat beli belah terkenal di Kuantan yang dipenuhi pengunjung untuk membeli belah.

SPONSORED

Selepas pembukaan beberapa bangunan pusat beli belah lain yang lebih moden, suasana suram terus menyelubungi Kompleks Teruntum. Sebelum ini khabar angin mengatakan bahawa ia akan ditutup dan akan dirobohkan.

GAMBAR: MAPIO
GAMBAR: KOMPELKS TERUNTUM

Namun sebaliknya yang berlaku apabila Kerajaan Negeri Pahang menyediakan peruntukkan untuk kembali membangunkan Kompleks Teruntum agar terus beroperasi untuk memajukan ekonomi negeri Pahang.

Pernah menjadi salah satu bangunan paling tinggi di Pantai Timur, semestinya ia menyimpan banyak kenangan mereka yang pernah bekunjung ke sini sama ada untuk membeli belah ataupun menonton pawagam.

SPONSORED

Diharapkan dengan peruntukkan ini, pihak pengurusan dapat memperbaiki kualiti servis dan fasiliti di Kompleks Teruntum yang kini sudah sepi kerana kurang pengunjung. Peruntukkan ini telah disalurkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang untuk memberikan imej baharu.

via: Pahang Media

Beberapa kedai berjenama di pusat beli belah sekitar Kuantan telah menutup operasi berikutan kurang pengunjung.

Baca juga: Beberapa Jenama Terkenal Di Kuantan City Mall Sudah Tutup Kedai

Related Posts