fbpx
featured image sizing

Kolaborasi Zakat Pahang Bersama Grab Tawar Kemudahan Bayaran Terus

Pusat Kutipan Zakat Pahang menjalinkan kerjasama bersama syarikat terkemuka dalam servis penghantaran makanan dan e-hailing iaitu Grab. Majlis pelancaran ini telah diadakan pada 28 Oktober 2020.

Pemandu Grab dari Kuantan khususnya hadir ke program ini untuk menerima borang pembayaran zakat yang disampaikan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang. Seramai 10 orang pemandu bersetuju untuk membayar zakat dan menerima borang tersebut pada majlis pelancaran.

SPONSORED

Perkara ini memberikan kemudahan kepada pemandu Grab untuk mereka membayar zakat secara terus. Grab yang kini mempunyai pemandu di seluruh Malaysia sudah bekerjasama dengan 3 cawangan pusat zakat negeri yang lain.

GAMBAR: AGFUNDERNEWS

Negeri Pahang menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang menjalinkan kerjasama ini dimana pemandu boleh meminta majikan untuk memotong komisen terus untuk pembayaran zakat ataupun pemandu boleh membayar zakat secara terus di atas talian.

Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu cabang penting dalam membangunkan ekonomi Islam khususnya dan memudahkan urusan pembayaran zakat oleh pemandu Grab ini.

SPONSORED

Pusat Kutipan Zakat Pahang juga mengingatkan kepada mereka yang mempunyai pendapatan membuat taksiran zakat dimana ia termaktub dalam enakmen jenayah syariah Pahang dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada yang gagal membuat taksiran.

via: Zakat Pahang

Kompleks Teruntum bakal berwajah baru selepas terima 1 juta dari Kerajaan Negeri Pahang.

Baca juga: Kompleks Teruntum Terima Peruntukan 1 Juta

Related Posts