fbpx

‘Kohi’ Kafe Berkonsepkan Jepun Yang Minimalis Di Kuantan

- Sponsor -

Adakah anda seorang food hunter? Tahukah anda di Kuantan ada sebuah kafe yang sangat minimalis persis sebuah kafe di Jepun yang menghidangkan kopi artisan terbaik di sini.

Percaya atau tidak sebaik sahaja anda melangkah masuk kaki ke sini, pengalamannya sungguh berbeza. Kafe serba putih berkonsep minimalis seakan membawa anda sedang berada di kafe-kafe Jepun.

Tempat yang kami maksudkan ini ialah Kohi Ventures. Kafe ini berlokasi di Kubang Buaya, Kuantan. Uniknya, selain menjanjikan hidangan kopi artisan yang premium, ada juga menu makanan Jepun seperti Japanese Curry ‘Katsu’ dan Ramen yang sedap.

- Sponsor-

Ramen dan kari Jepun ini wajib cuba!

Buat pengetahuan anda, Kafe Kohi ini asalnya adalah sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi kafe konsep. Interior dalaman serba putih yang menawan ini membuatkan setiap sudut di Kohi sangat Instagrammable.

Apa yang boleh kami katakan, kafe ini agak privasi. Memang selesa untuk lepak. Sesi mengopi dan makan pun tenang.

Seperti yang anda tahu, kami di Kuantanloka amat mengambil berat setiap ulasan mengenai tempat makan yang diterbitkan di portal kami. Tiada isitlah tempat viral, hanya yang terbaik dan berbaloi sahaja kami kongsikan kepada pembaca kami.

Selain kafe yang memiliki keunikan tersendiri dan kopi artisan antara yang terbaik, alasan kenapa Kohi berada di dalam senarai tempat makan di Kuantanloka adalah kerana kualiti rasa makananya yang baik.

Tak hanya itu, barisan barista di Kohi Cafe juga adalah dikalangan barista berpengalaman dan profesional yang telah mendapat anugerah serta diiktiraf kepakarannya.

- Sponsor -

Dari segi makanan, semua hidangan yang disajikan adalah antara yang terbaik menepati standard citarasa asli. Contohnya Ramen dan Japanese Curry. Oh ya, di sini juga ada pelbagai jenis manisan dan pencuci mulut yang enak untuk dicuba.

Dari sisi lainnya yang mungkin tidak ada di tempat lain, pelayan di Kohi sangat mesra pelanggan. Anda boleh belajar secara tidak langsung tentang dunia kopi, paling seronok mereka sedia untuk bantu anda membuat pilihan kopi yang terbaik.

Kafe mesra muslim yang dibarisi barista muslim ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Nota tambahan: Anda masih ingat dengan gambar barista menghiasi gambar epik pada artikel kami yang lepas? Beliau adalah saudara Nik Nazirul Adlin, merangkap sebagai barista profesional di Kohi Kafe.

Kami dimaklumkan, Kohi Kafe ini merupakan sebahagian daripada cawangan Coffee Gallery. Maka tak hairanlah kenapa kafe ini antara kafe yang menghidangkan kopi artisan terbaik di Kuantan.

- Sponsor -
- Sponsor -