Residen Pahang iaitu W.P Rodger telah menerima berita mengenai perihal pemberontakan ini apabila berlakunya serangan oleh sekumpulan penentang Inggeris ke atas pasukan polis yang dihantar ke Lubuk Terua pada tahun 1891.
Serangan ini dikenali sebagai ‘Pemberontakan Pahang’ dan diketuai oleh Dato’ Bahaman. Ia tercetus kerana tiga orang pengikut Dato’ Bahaman, turut dikenali Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan ditangkap oleh orang Inggeris.
Kejadian ini berlaku disebabkan oleh mereka dituduh mengumpul hasil-hasil hutan tanpa kebenaran daripada pihak sepatutnya.


Seramai sepuluh orang polis melayu dan 25 orang Sikh, diketuai oleh kapten Syers dikejarkan ke Pahang. Mereka turut menerima bantuan daripada Selangor, juga beberapa tempat lainnya.
Pihak Inggeris menggunakan kesempatan ini bagi menumpaskan pengaruh Dato’ Bahaman dari merebak ke kawasan lain, sekaligus melemahkan kegiatan penentangan penjajah dalam kalangan warga tempatan.
Dari sini kita dapat melihat betapa besarnya perjuangan yang dilakukan masyarakat melayu pada zaman dahulu dan hal ini wajar dijadikan sebagai teladan kepada generasi sekarang.