fbpx
featured image sizing

Kisah Mat Kilau, Pahlawan Pahang Berpura Mati Dan Ditembak Dengan Peluru Emas

Mat Kilau sememangnya nama seorang pahlawan yang sangat digeruni oleh Inggeris dan semua pihak yang menentangnya. Ini adalah sedikit kisah mengenainya yang anda perlu tahu.

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

PREMIUM

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

GAMBAR: MAT KILAU THE MOVIE

Beberapa syarat dikenakan sebelum Mat Kilau menjalankan proses tersebut yang perlu dipatuhi seperti mayat mesti dibungkus dengan kain kuning dan orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Mat Kilau telah membuat satu ramuan khas yang membolehkannya pengsan selama 2 hari tanpa sedar seakan-akan telah mati. Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai.

SPONSORED

Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang.

Namun rahsia itu telah bocor pada pengetahuan Inggeris dan semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya.

Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja dan mereka mula mengambil emas dari negeri Pahang.

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.

GAMBAR: MAT KILAU THE MOVIE
SPONSORED

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat. Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Akhirnya , pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar

via: Negeri Pahang

Related Posts