fbpx
- Sponsor -

Kisah Feri Malaysia, Penghubung Bagi Semenanjung Dan Borneo Sekitar 80an

Pada masa kini, satu-satunya medium pengangkutan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ialah melalui perkhidmatan kapal terbang. Generasi sekarang pasti tidak tahu dulu sebenarnya negara kita mempunyai Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Borneo.

Idea penciptaan Feri Malaysia ini dicadangkan pada tahun 1982 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu lebih kurang setahun selepas beliau memegang jawatan tersebut.

Beliau mendapat inspirasi melalui kejayaan feri pengangkutan yang menghubungkan negara-negara Scandivania antara Finland, Norway dan Denmark. Begitulah matlamat yang cuba dicapai yakni untuk merapatkan hubungan antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Gambar Hiasan: Pixabay.com
Sumber: ScandinavianDreams.eu
- Sponsor-

Sebuah feri telah dibeli dari Helsinki, Finland dengan kos sekitar RM50 juta setelah mesyuarat kabinet meluluskan projek ini. Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai dek dan mampu memuatkan sehingga 650 penumpang dan 240 buah kenderaan.

Antara kemudahan yang disediakan ialah restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin tempat tidur, surau dan lain-lain. Feri ini pernah membuat kemunculan di dalam filem komedi Mr. Os yang ditayangkan pada 25 Jun 1987.

Gambar Hiasan: Libur.com.my
Sumber: InfoMalaysiaTrending.com

Feri Malaysia telah didaftarkan secara rasmi di Pelabuhan Klang pada tahun 1986 di dan dinamakan sebagai “Cruise Muhibbah”. Sultan Ahmad Shah yang merupakan Sultan Negeri Pahang pada waktu itu kemudiannya membuat pelancaran rasmi khidmat Feri Malaysia pada 31 Ogos 1986 di Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Sumber: Illuminasi.com

Perjalanan pertama feri ini bermula dari Pelabuhan Kuantan ke Kuching, Sarawak dan seterusnya bergerak ke Kota Kinabalu, Sabah. Jangkamasa perjalanan adalah selama dua hari dengan melalui sektor perjalanan Kuantan – Kota Kinabalu.

Pada 18 Oktober 1987, perkhidmatan feri Malaysia ini telah mengalami kebakaran pada ruang enjin utama ketika ia hampir mendekati destinasi Kuantan. Sejak kejadian itu, feri tersebut terdampar di lautan Pahang buat seketika dan telah berhenti beroperasi pada 1989 kerana kos operasi yang tinggi.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!