fbpx
featured image sizing

Kisah Disebalik Makam Panglima Yang Dikuburkan Dalam Ladang Sawit Di Jengka

Jengka sememangnya sebuah kawasan tanaman sawit dibawah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia. Namun tahukah anda apa yang ada di kawasan ini sebelum ia nya diteroka menjadi kawasan Felda?

Sejarahnya tersimpan pada orang-orang lama yang sememangnya berasal dari Kuala Sentul dan beberapa kampung sekitar. Dikatakan dahulunya British telah datang ke Ulu Jempul untuk mencuri hasil di negeri Pahang.

PREMIUM

Beberapa pahlawan menentang kejahatan British yang mencuri diantaranya emas di kawasan ini. Penjejakan beberapa perkuburan lama yang dikenal pasti adalah diantara pejuang-pejuang yang terkorban terlibat bersama Panglima Jempul, Panglima Muda Mansor.

GAMBAR: MENARIK DI MARAN

Pengikutnya ramai yang melarikan diri bertebaran di serata kawasan sekitar seperti Panglima Ali, Panglima Omar dan Panglima Hitam. Perjuangan mereka ini menetang British yang telah mengkhianati Panglima Muda dan Panglima Jempul yang menjadi raja di Jempul.

Kata peneroka lama di Jengka 5 ini, kawasan ini diteroka tanpa mengunakan peralatan moden dan kerana itu perkuburan ini masih kekal dalam bentuk asal dengan keadaan tersusun rapi.

SPONSORED

Zakaria Bin Dollah adalah imam bagi Masjid Kuala Sentul antara orang yang menyimpan sejarah sebelum Jengka dibuka, beberapa kawasan adalah perkampungan Melayu yang terdahulu. Dipercayai Jengka 5 adalah perkampungan melayu yang namanya Tersan.

GAMBAR: MENARIK DI MARAN

Penduduk daripada Kampung Tersan ini berpindah pada tahun 50an atas arahan British ke Kuala Sentul. Terdapat banyak lagi kampung-kampung lain dan yang besar adalah Paya Mengkuang.

Di Sungai Jempul pula terdapat sebuah lagi makam iaitu Panglima Mansur Bin Tok Jidin. Kawasan perkuburan itu dipercayai adalah kawasan dimana berlakunya peperangan pejuang menentang British. Beliau merupakan antara panglima yang disegani penduduk kawasan setempat.

Panglima Muda Jempul pula yang dikatakan meninggal kerana ditembak oleh peluru tembaga dan menyebabkan beliau syaahid dan dipotong kepalanya dibawa ke pusat pentadbiran British.

SPONSORED

Kuburnya yang dipercayai ditanam di Jengka 4 yang dahulunya Kampung Temangok yang dibawa secara sembunyi-sembunyi. Namun sehigga kini, masih ramai lagi waris-waris pejuang yang merupakan anak jati Pahang di perkampungan sekitar.

via: Menarik Di Maran

Sebuah lagi makam yang dipercayai dari zaman Kerajaan Islam Acheh yang ditemui di Chenor

Baca juga: Makam Berukiran Kerajaan Islam Acheh Ditemukan Di Chenor Dipercayai Seorang Puteri

Related Posts