fbpx

Kibar Bendera Putih Di Kuantan Satu Kesalahan Dan Boleh Disaman


Isu kibar bendera putih sebagai tanda terdesak meminta bantuan sekarang ini memang topik hangat dibincangkan di media sosial.

Di Kuantan, lain pula terjadi sekirnya bendara putih dikibarkan. Dalam laporan oleh Sinar Harian hari ini, tindakkan 13 keluarga di Bukit Setongkol mengibarkan bendera putih dengan niat meminta bantuan dikatakan satu kesalahan dan boleh disaman.

Memetik kenyataan Sinar Harian: ” Bimbang dikenakan tindakan, penduduk akur apabila bendera yang dipasang pada Selasa terpaksa diturunkan pada Rabu selepas diarah berbuat demikian oleh seorang individu yang datang bersama tiga anggota polis.”


Kami berhenti di poin ini dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh baca berita penuh di sini.

Mari berbincang secara positif dengan akal yang waras.

13 keluarga di Bukit Setongkol, Kuantan mengibarkan bendera putih dengan harapan ada mana-mana pihak yang prihatin memberikan sumbangan. Mereka melakukan perkara tersebut kerana terdesak dan hampir terputus bekalan makanan.

Mengharapkan bantuan, perkara sebaliknya terjadi. Mereka didatangi seorang individu bersama tiga anggota polis mengarahkan untuk menurunkan bendera putih yang dikatakan sebagai satu kesalahan dan boleh disaman.


Menurut pendapat kami secara personal, kibar bendera putih bukan satu kesalahan namun sebagai isyarat kebajikan. Apatah lagi untuk disaman.

Faham situasi dan keadaan sekarang. Dimusim pendemik ini, ramai orang hidup dalam keadaan susah sehingga ada yang nekad untuk bunuh diri.

Sekurang-kuranya bila lihat ada rumah yang mengibarkan bendera putih, lebih mudah untuk kesan mana keluarga, atau rakyat yang terjejas. Dalam masa sama, yang mana berniat menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian. Tak mengira siapa, semua orang boleh tolong satu sama lain.

Nak beli makanan pun tak ada duit, inikan pula nak bayar saman.


Baca kemaskini terbaharu:

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin