Memasuki tahun keenam bertapak di Malaysia, francais kedai serbaneka dari Jepun iaitu Family Mart menjadi kegemaran ramai terutamanya anak muda. Kepelbagaian produk makanan serta keperluan ditawarkan merupakan faktor utama.
Family Mart juga bijak dalam merangka strategi untuk menarik kedatangan pelanggan. Terbaru, mereka yang selalu pergi kedai serbaneka ini pasti mengenali warna ikonik mereka iaitu hijau dan biru. Tetapi cawangan di Cameron Highlands pula papan tandanya berwarna hitam dan putih!
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @dearsln. Menurut beliau, warna tersebut hanya dapat dilihat di Cameron Highlands buat masa ini.


Konsep ini kemudiannya telah dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter lain dikenali sebagai @aqilahbaik. Sebenarnya, ini mengikut konsep Family Mart di Jepun jika cawangan dibuka berdekatan kawasan terkenal dengan alam semula jadi.

Mereka menggunakan warna yang lebih tenang seperti hitam putih agar warna logonya tidak terlalu menyerlah berbanding keindahan kawasan tersebut. Logo McDonald dan 7-Eleven di Jepun juga ada yang diwarnakan begitu. Warna sahaja yang tukar, menu dan hidangan ditawarkan kekal sama.