fbpx
maxresdefault

Ketam Nipah Segar Dari Kuantan Penuhi Permintaan Seluruh Malaysia

Semulajadi Ketam Nipah ini adalah di Indo-Pasifik yang boleh ditemui di sekitar pantai Lautan Hindi ke Kepulauan Melayu. Dengan nama saintifiknya ialah Scylla Serrata dimana ia boleh ditemui di kawasan hutan bakau di Kuantan.

Seorang peniaga Ketam Nipah di Kuantan, Encik Aminullah memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk pasaran dalam Kuantan sahaja sehinggakan permintaan daripada luar negeri turut meningkat dari masa ke semasa.

Beliau yang bertapak di Kuantan kini sering dihubungi oleh peminat makanan laut ini tidak kira individu ataupun kedai-kedai makan yang menyediakan masakkan berasaskan Ketam Nipah.

GAMBAR: UMPAN
GAMBAR: FACEBOOK PEMBEKAL KETAM NIPAH

Menjadi permintaan ramai kerana rasa ketam ini yang cukup manis dengan isinya yang tebal pasti membuatkan peminat seafood ingin mencuba dan sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit.

Bermula dari sekitar RM30, Ketam Nipah ini dibahagikan mengikut gred dan saiz dari yang kecil sehingga paling besar. Selain daripada Ketam Nipah, Encik Amin juga turut menjual hasil laut lain seperti Udang Galah dan Lokan mengikut musim tangkapan.

SPONSORED

Beliau yang sering kali mengadakan live di Facebook berkongsikan info dan ilmu berkaitan masakan, penjagaan dan tangkapan Ketam Nipah sambil menjualnya secara online.

GAMBAR: FACEBOOK PEMBEKAL KETAM NIPAH

Untuk tempahan, anda boleh hubungi Facebook Pembekal Ketam Nipah

Nak tahu port memancing yang best di Rompin yang boleh buatkan kaki pancing tak senang duduk boleh baca artikel di bawah

Baca juga: Port Memancing Di Rompin Ini Boleh Buat Kaki Pancing Tak Lena Tidur

Related Posts