fbpx
- Sponsor -

Ketahui Sejarah Pembesar Negeri Pahang Yakni Orang Besar Berempat

Pembesar-pembesar dalam kerajaan negeri Pahang moden dipanggil Orang Besar Berempat. Mengikut tradisi, Orang Besar Berempat dilantik daripada keluarga atau puak tertentu secara turun temurun. Bagi orang-orang besar lain ada yang dipilih dari kalangan keluarga tertentu dan ada yang tidak.

Pembesar-pembesar ini terdiri daripada Orang Kaya Indera Pahlawan (OKIP), Orang Kaya Indera Perba Jelai (OKIPJ) atau dahulunya Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera Segara (OKIS) dan Orang Kaya Indera Shah Bandar (OKISB).

Perkembangan sistem Pembesar negeri Pahang mempunyai sejarahnya sendiri yang berbeza dengan gelaran-gelaran yang terdapat dalam kalangan pembesar Melaka atau Johor-Riau. Ini berikutan sewaktu Sultan Abdul Ghafur lagi, penghijrahan orang-orang dari kepulauan Melayu telah berlaku terutama dari Sumatera.

Sumber: Facebook.com/WarisanMelayuPahang
Sumber: Wzwh.blogspot.com
- Sponsor-

Orang Besar Berempat diberikan kawasan untuk ditadbir. Misalnya bagi Orang Kaya Indera Pahlawan menguasai Kuala Luit hingga ke Bera. Orang Kaya Indera Perba Jelai pula berkuasa dan mentadbir di Ulu Jelai.

Orang Kaya Indera Segara menguasai Temerloh iaitu di kawasan bersebelahan hilir Sungai Jelai manakala Orang Kaya Indera Shah Bandar menjaga kawasan Bebar hingga ke Luit.

Sumber: Almuazzamshah.blogspot.com
Sumber: Pancapersada.blogspot.com

Jika diamati, Orang Besar Berempat ini ditugaskan mengikut kawasan serta selari dengan persekitaran bentuk muka bumi. Orang Kaya Indera Perba Jelai contohnya mentadbir di kawasan pergunungan, sebelah barat laut Pahang. Orang Kaya Indera Segara mentadbir kawasan di Temerloh terletak di kawasan sungai dan lautan.

Orang Kaya Indera Shah Bandar lokasinya rata-rata terletak di bandar-bandar utama serta pelabuhan. Kebanyakan Orang Kaya Indera Pahlawan pula bertindak seperti hulubalang negeri dari Kuala Luit ke Bera.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!