fbpx

Ketahui Sejarah ‘Jalan Penarikan’, Penghubung Pantai Barat Dan Timur Semenanjung

- Sponsor -

Sebelum wujudnya jalan raya yang menjadi jalan pengangkutan utama di zaman moden ini, jalan sungai menjadi salah satu laluan penting orang zaman dahulu. Para pedagang terutamanya menggunakan perahu atau kapal menyelusuri laut dan sungai untuk sampai ke destinasi.

Sumber: Facebook.com/BelalangPost

Salah satu laluan yang memainkan peranan besar pada ketika itu ialah Jalan Penarikan. Jalan sungai ini begitu popular kerana menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Malah, ia telah digunakan sejak kurun ke 13 atau 14 lagi.

Jalan Penarikan merupakan jalan alternatif kepada jalan persisiran laut yang melalui Singapura. Sungai Pahang dan Sungai Muar ialah dua sungai utama yang terlibat jika menyelusuri jalan sungai ini.

Sumber: mchiker.blogspot.com
- Sponsor-

Bagaimana Jalan Penarikan mendapat nama? Di tengah-tengah laluan ini, terdapat sebuah bukit yang dinamakan Bukit Penarikan. Pengguna laluan ini perlu menarik barangan atau perahu mereka merentasi kawasan berukuran lebih kurang 600 meter untuk meneruskan perjalanan.

Kenapa Jalan Sungai Muar-Sungai Pahang ini menjadi jalan perhubungan utama ketika itu? Salah satu faktor ialah kurang tenaga diperlukan untuk melawan arus sungai berbanding arus laut.

Sumber: Commons.wikimedia.org

Perjalanan dari Muar di pantai Barat untuk sampai ke Pekan di pantai Timur adalah lebih dekat melalui jalan sungai. Berdasarkan catatan seorang pengarang Portugis, Emanuel Godinho de Erédia, perjalanan daripada Melaka menempuh Jalan Penarikan itu boleh sampai ke Pahang hanya enam hari perjalanan.

Sumber: bharian.com.my

Risiko diserang oleh kumpulan lanun juga dapat dielakkan. Contohnya, penduduk tempatan mencadangkan pedagang Arab yang ingin ke Melaka melalui laluan ini supaya mereka terlindung. Selain lanun, laluan laut memberi masalah kepada kapal kecil ketika ribut monsun-laut.

- Sponsor -
- Sponsor -