fbpx
- Sponsor -

Kesan Terhadap Bencana Alam Yang Berlaku Di Malaysia, Terutamanya Pahang Baru-Baru Ini

Banjir menyebabkan berlakunya banyak kemusnahan, terutamanya kawasan-kawasan seperti di jalan raya termasuklah pokok-pokok usia ratusan tahun yang tumbang begitu sahaja.

Selain itu, kawasan penempatan turut musnah dan ia menjejaskan sedikit sebanyak aktiviti harian penduduk di situ.

Bencana alam yang berlaku membuatkan rata-rata kawasan terputus bekalan air bersih. Teruknya, di Pusat Penempatan Sementara (PPS), bekalan air bersih juga terhad kepada pengguna.

- Sponsor-

Untuk menjaga keselamatan individu, bekalan elektrik terpaksa diputuskan ekoran bimbang barangan elektrik terdedah dengan air, menyebabkan arusnya aktif.

Kerosakan jalan raya turut menjadikan sesetengah kawasan itu lumpuh sepenuhnya ekoran kenderaan tidak boleh melaluinya. Keadaan ini memberi kesukaran kepada penduduk jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Diharapkan semoga pihak berwajib di daerah masing-masing mengambil cakna akan keadaan semasa dan mintalah bantuan sesiapa sahaja jika tidak dapat menanganinya. 

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!