fbpx
featured image sizing

Kesan Banjir Besar 2014 Kepada Negeri Pahang Menjadi Memori Pahit

Tragedi banjir besar di negeri Pahang pada tahun 2014 meninggalkan memori pahit bagi mereka yang merasainya. Meragut beberapa nyawa dan kehilangan aset bernilai sehingga jutaan ringgit adalah ujian yang harus dipikul oleh mangsa-mangsa yang terjejas.

Oleh disebabkan daripada Monsun Timur Laut , menjelang 23 Disember, kebanyakan sungai di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu telah mencapai tahap yang berbahaya.

PREMIUM

Disebabkan oleh peningkatan tahap air, kebanyakan perniagaan terjejas dan kira-kira 60,000 orang telah dipindahkan pada hari berikutnya di seluruh Malaysia dan negeri Pahang sebanyak 10,825 dan meninggkat ke 49,369.

GAMBAR: RODONGKOIBELAKE
GAMBAR: RODONGKOIBELAKE

Di Pahang, kawasan paling teruk ialah Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis dan Pekan. Berpuluh-puluh pelancong asing terkandas di sebuah resort di Taman Negara Malaysia di Pahang kerana terputus hubungan.

Kebanyakan pelancong dari Kanada, Britain, Australia dan Romania. Namun kesemuanya telah diselamatkan melalui bot dan helikopter anggota penyelamat Malaysia.

SPONSORED

Daerah Temerloh merekodkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 19,875 orang daripada 4,831 keluarga di 62 pusat pemindahan. Daerah lain yang turut terjejas juga turut tinggi dari sebelumnya.

GAMBAR: RODONGKOIBELAKE
GAMBAR: AHMAD JUNAIDI

Kebanyakkan jalan perhubungan darat tersekat menyebabkan kesukaran untuk menghantar barang ke beberapa kawasan yang dikenalpasti namun hasil daripada bantuan orang awam dan anggota keselamatan. Terdapat beberapa kawasan yang berjaya dihantar dan bekalan diterima.

Setelah banjir kian surut, Pahang seolah-oleh dipenuhi lumpur dan tanah terutamanya kawasan yang berhampiran sungai. Pelbagai fasiliti, bangunan dan harta benda musnah dalam kejadian banjir besar yang melanda sehingga ada yang kehilangan tempat berteduh.

Meskipun kejadian banjir tersebut telahpun berlalu namun kesan daripadanya tetap terpahat didalam hati sehinggakan ada lagi kesan-kesan paras air pada sesetengah tempat.

SPONSORED

via: BH

Lihat koleksi penyimpanan setem Al-Marhum Sultan Abu Bakar yang menjadi kegilaan pengumpul kerana nilainya yang tinggi

Baca juga: Lihat Koleksi Setem Al-Marhum Sultan Abu Bakar Yang Bernilai Tinggi

Related Posts