fbpx
featured image sizing

Kerajaan Pahang Bercadang Tukar Jadual Cuti Sekolah

Kerajaan Pahang hari ini mengemukakan tiga cadangan cuti bagi mengelakkan industri pelancongan lumpuh berikutan pandemik Covid-19.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin memberi cadangan untuk mewujudkan empat giliran waktu kerja, mengubah sistem cuti pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah berbeza.

PREMIUM

Cadangan pertama, akan ada empat kumpulan yang bekerja dan dalam satu minggu, satu kumpulan boleh mengambil cuti pada Jumaat jika mereka bercuti Sabtu dan Ahad manakala yang bercuti Jumaat dan Sabtu boleh mengambil cuti pada Ahad.

GAMBAR: AFIQ HALID

Cadangan kedua pula, jika dapat dilaksanakan, aktiviti pelancongan domestik tidak hanya tertumpu pada hari minggu sahaja malah hari lain iaitu Isnin hingga Khamis, bagi memberi peluang kepada mereka tidak bekerja boleh bercuti bersama keluarga.

Cadangan ketiga pula, musim cuti persekolahan perlu diubah supaya semua sekolah tidak bercuti serentak untuk memastikan tidak berlaku limpahan pelancong yang menyebabkan kesesakan kerana bercuti pada masa sama.

SPONSORED

Mohd Sharkar bimbang jika aktiviti pelancongan domestik hanya tertumpu pada cuti hujung minggu atau hari tertentu, akan menyebabkan kesesakan melampau sebagaimana berlaku di Cameron Highlands dan Kuala Gandah.

GAMBAR: ELIN CHOW

Katanya, jika tiada perancangan bersepadu sebagaimana dicadangkan itu, usaha memulihkan ekonomi negeri akan mengambil masa panjang, iaitu antara dua hingga tiga tahun untuk kembali ke tahap normal selepas pandemik Covid-19 berakhir.

via: Sinar

Suasana di Pulau Ular pada hari biasa yang lengang bagaikan bercuti di kepulauan Bali

SPONSORED

Baca juga: Ini Fotografi Yang Jadikan Pulau Ular, Kuantan Seperti Percutian Di Bali

Related Posts