fbpx
20200831_121156_0000.png

Kenyataan Sumareh Selepas Hilang Dari Sukad Tok Gajah

Ketika pengurusan dan penyokong Pahang ‘panas’ akibat tindakan tonggak skuad Tok Gajah, Mohamadou Sumareh menghilangkan diri sejak sebulan lalu, pemain terbabit akhirnya tampil memohon maaf.

Menerusi Instagram milik pemain terbabit, Sumareh mendedahkan bahawa dia tidak berniat mahu memungkiri janji untuk terus menyokong dan bersama Pahang.

PREMIUM

Menurutnya, ketika ini apa yang berlaku adalah tidak seperti yang dirancang sekali gus meminta maaf terhadap tindakannya yang memberi kesan kepada pihak tertentu.

“Kepada semua peminat dan penyokong, sayang akhirnya perkara jadi begini, saya tidak bermaksud untuk memungkiri janji untuk menyokong pasukan.

“Namun, semuanya berlaku bukannya seperti yang dirancang dan ingin meminta maaf terhadap segala apa yang berlaku,” katanya.

SPONSORED

Pada masa sama, Sumareh yang juga terkenal dengan panggilan ‘keli boy’ tidak akan memberikan sebarang komen pada waktu ini.

Sebelum itu, dilaporkan pemain naturalisasi pertama negara itu tidak lagi kelihatan menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah sejak sejak sebulan lalu sekali gus mencetuskan persoalan ke mana ‘menghilangnya’ Sumareh.

Perkara terbabit menjadi lebih hangat selepas tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid akan berkelana ke Portimonense SC sekali gus melihat kemungkinan Sumareh akan menggantikan posisi yang ditinggalkan pemain terbabit nanti.

Malah, desas desus Sumareh akan berpindah ke JDT sudah lama bertiup kencang terutama selepas bekas rakan sepasukannya Matthiew Davies turut berubah angin ke pasukan Selatan tanah air itu.

SPONSORED

Mengikut rekod, pemain yang berasal dari Gambia itu mengikat kontrak bersama skuad Tok Gajah sehingga 2022.

via: Metro

Pasukan Pahang dalam usaha penswastaan kelab untuk melayakkan diri ke bermain di liga

Baca juga: Pahang FA Sudah Mulakan Proses Penswastaan Kelab

Related Posts