fbpx
- Sponsor -

Kenali Opor, Menu Rendang Yang Unik Di Negeri Pahang

Rendang berasal daripada Indonesia dan merupakan makanan tradisi orang Minangkabau. Ia biasanya dimakan bersama ketupat dan lmang pada hari raya juga sesuai digandingkan bersama pulut kuning.

Rendang bagi orang Pahang dikenali sebagai opor dan ia merupakan makanan istimewa di negeri Pahang. Rendang merupakan olahan kari cuma ia dimasak sehingga kering dan berwarna agak gelap.

Rendang ataupun opor ini dimasak sehingga kering adalah untuk membuatkan ia boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

- Sponsor-

Untuk pengetahuan, bahan-bahan masakan yang digunakan dalam penghasilan rendang ini mempunyai maksud-maksud yang tersendiri, terdiri daripada keharmonian dalam sesebuah negeri.

Antaranya, daging yang menjadi bahan utama melambangkan nenek moyang dan para pembesar yang terhormat. Santan pula merupakan bahan yang membentuk rendang dan ia melambangkan golongan cerdik pandai.

Manakala, lada yang pedas pula menunjukkan bahawa kita mempunyai pihak agamawan yang tegas dalam apa jua hal dan rempah ratus menjadi pelengkap, seperti mana negeri Pahang yang terdiri daripada masyarakat yang harmoni.

Sebenarnya, masakan rendang dan opor ini ada perbezaannya. Bahan yang digunakan adalah sama namun, untuk menghasilkan opor mengambil masa yang lama berbanding rendang.

Bagi membezakan kedua-dua juadah ini, anda boleh melihat kepada warnanya. Biasanya opor akan lebih gelap, iaitu berwarna hitam berbanding rendang yang berwarna coklat.

Jangan lupa sertai kami di saluran Telegram @kuantanloka untuk dapatkan lebih banyak berita dan infomarsi terkini di Pahang.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!