fbpx
featured image sizing

Kenali Nazri Chot, Tangan Emas Yang Melukis Potret Agong Dalam 5 Hari

Sebuah lukisan yang dipamerkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah hasil tangan seorang pelukis tempatan yang kreatif.

Kami sempat berjumpa dan bertanyakan beberapa perkara kepada beliau mengenai lukisan yang dilukis ini, hasil maklumat yang diterima sangat mengejutkan apabila beliau memberitahu bahawa lukisan ini siap dalam tempoh hanya 5 hari sahaja.

PREMIUM

Lukisan yang bersaiz besar ini sangat memerlukan ketelitian yang baik kerana bukan sahaja ia merupakan potret Yang di-Pertuan Agong malah turut terkandung gambar Sultan Ahmad Shah. Dengan tempoh masa yang singkat, beliau berjaya menyiapkan potret ini dengan jayanya.

GAMBAR: NAZRI CHOT
GAMBAR: NAZRI CHOT

Lukisan ini sangat memberikan impak yang tinggi kepada seorang pelukis dan juga artis dalam membantu mereka mengembangkan portfolio dan juga menjadi inspirasi kepada pelukis yang lain untuk terus berkarya.

Nazri Chot yang sememangnya minat melukis bermula dari darjah satu di sekolahnya menjadikan ia sebagai salah satu kerjaya. Meminati bidang seni lukis ini telah membawa namanya sehingaa ke Itali untuk mempamerkan lukisan dan sebelum ini menjadi pelukis kepada beberapa cover novel melayu.

SPONSORED

Sebelum ini beliau juga pernah melukis sebuah lukisan yang menjadi pameran di muzium dan juga kepada kerabat Diraja. Lukisan yang bernilai tinggi ini boleh mencecah sehingga ke puluhan ribu ringgit.

GAMBAR: NAZRI CHOT

Katanya, beliau dipilih sebagai pelukis untuk melukis gambar tokoh-tokoh di muzium dimana ia adalah sesuatu yang sangat bernilai tinggi. Beliau kini yang aktif dalam penglibatan seni kreatif berharap seni lukisan ini terus berjaya dan membuka mata dunia khususnya dalam menghargai hasil tangan mereka.

via: Nazri Chot

Anda juga mungkin berminat dengan salah satu lagi lukisan mural yang dilukis oleh artis tempatan sehingga menarik perhatian Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

SPONSORED

Baca juga: Tengku Hassanal Sambut Baik Usaha Artis Mural Kuantan Terus Berkarya

Related Posts